LAWATAN 2ND MALAYSIA – AUSTRALIA FUTURE LEADER’S PROGRAMME KE PUSPAHANAS

Ringkasan: 14 Oktober 2025 – Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) telah menerima delegasi lawatan daripada 2nd Malaysia – Australia Future Leader’s Programme (MAFLP) bersempena dengan lawatan ke Malaysia mulai 13 hingga 15 Oktober 2025.

14 Oktober 2025 – Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) telah menerima delegasi lawatan daripada 2nd Malaysia – Australia Future Leader’s Programme (MAFLP) bersempena dengan lawatan ke Malaysia mulai 13 hingga 15 Oktober 2025.

MAFLP merupakan program dwi tahunan anjuran Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Pertahanan (BDPS). Pada edisi kali ini, delegasi lawatan terdiri daripada 9 penjawat awam Kementerian Pertahanan Australia termasuk wakil daripada BDPS. Tujuan program ini dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan kerjasama dua hala di antara kedua-kedua negara dan meningkatkan kefahaman berkenaan institusi pertahanan Malaysia.

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat daripada Leftenan Kolonel Norhisam bin Miskon, PS 1 Rancang PUSPAHANAS dan diteruskan dengan sesi soal jawab. Turut serta adalah Pengarah Latihan PUSPAHANAS, Ketua Pembangunan Latihan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dan pegawai staf PUSPAHANAS serta wakil Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT). Delegasi kemudiannya telah dibawa untuk melawat fasiliti yang terdapat di Kompleks PUSPAHANAS. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan pertahanan serta memperluas kerjasama strategik yang saling menguntungkan demi kestabilan serantau.

Tags

Share this Bulletin

Related Bulletins

Back to All Bulletins