Lawatan Deligasi China ke PUSPAHANAS

Ringkasan: Lawatan daripada Delegasi People’s Liberation Army (PLA) Combined Arms Training yang diketuai oleh Senior Colonel Li Wanming - Director of the General Planning Division of the Training Bureau of the Training & Administration Department of the China Central Military Commission

Putrajaya, 7 November 2025 – Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) telah menerima kunjungan lawatan daripada Delegasi People’s Liberation Army (PLA) Combined Arms Training yang diketuai oleh Senior Colonel Li Wanming - Director of the General Planning Division of the Training Bureau of the Training & Administration Department of the China Central Military Commission. Lawatan ini adalah sebahagian daripada lawatan timbal balas kepada jemputan rasmi pihak China bagi ATM ke National University of Defense Technology of Chinese (NUDTC) pada 12 hingga 18 Oktober 2025 yang lalu.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi Kunjungan Hormat Ketua Delegasi kepada Presiden PUSPAHANAS dalam menzahirkan komitmen terhadap hubungan bilateral khususnya dalam bidang pengajian pertahanan. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan sesi taklimat dan perbincangan mengenai peranan PUSPAHANAS dan MPPLD ATM yang membuka ruang untuk pertukaran pandangan tentang pendekatan pembangunan pendidikan profesional ketenteraan. Turut serta adalah wakil daripada Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT). Delegasi lawatan kemudiannya berpeluang melawat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di dalam Kompleks PUSPAHANAS.

Lawatan ini mencerminkan komitmen dalam usaha memperkukuhkan kerjasama ketenteraan dua hala Malaysia dan China khususnya dalam bidang pendidikan dan latihan ketenteraan.

Tags

Share this Bulletin

Back to All Bulletins