Forum Presiden Siri 9/25 dan Forum Panglima PLD ATM Siri 12/25

Ringkasan: Forum Presiden Siri 9/25 dan Forum Panglima PLD ATM Siri 12/25

Lumut, 23 Disember 2025 - Markas Pemerintahan Pendidikan, Latihan dan Doktrin ATM (MPPLD ATM) telah melaksanakan Forum Presiden Siri 9/25 dan Forum Panglima PLD ATM Siri 12/25 di Bilik Mesyuarat KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut. Ahli Mesyuarat yang hadir terdiri daripada barisan kepimpinan MPPLD ATM, Komandan Maktab dan Pusat Latihan ATM serta wakil, mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh pengajian pendidikan profesional ketenteraan. Forum telah dipengerusikan oleh Laksdya Datuk Sabri bin Zali, Panglima PLD ATM.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan perkara berbangkit serta taklimat daripada Maktab dan pusat latihan.

Pada sebelah petang, Panglima PLD ATM dan ahli mesyuarat berkesempatan untuk turut serta dalam pertandingan menembak pistol bersama-sama dengan pegawai-pegawai yang lain di Lapang Sasar Abdul Samad, KD Pelandok yang dikoordinasi bersama Persatuan Menembak TLDM (PMTLDM).

Acara ini dimulakan dengan taklimat keselamatan dan pertandingan oleh Pengerusi PMTLDM yang juga pegawai pengendali pertandingan, Kdr Ts. Ahmad Saiful Fadly bin Jaharuddin TLDM. Pertandingan menembak ini dimulakan dengan acara pelarasan dan diteruskan dengan acara Centre Fire Target Individu. Seterusnya, pertandingan diteruskan dengan acara Rapid Fire, acara Menembak Jatuh Piring berpasukan dan Man vs Man menjadi acara penutup bagi pertandingan tersebut.

Di akhir acara, turut diadakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai pertandingan tersebut.

#mppldatm

#puspahanas

#angkatantenteramalaysia

#MinDefMalaysia

Share this Bulletin

Related Bulletins

Back to All Bulletins