MESYUARAT PENGURUSAN LATIHAN SIRI 1/26

Ringkasan: Putrajaya, 4 Februari 2026 – Pendidikan dan latihan merupakan komponen teras dalam pembangunan keupayaan ATM. Melalui pelaksanaan latihan yang dirancang secara sistematik, anggota ATM dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran serta kecekapan yang diperlukan bagi melaksanakan operasi ketenteraan merentasi pelbagai spektrum, sama ada dalam situasi aman, krisis mahupun konflik bersenjata.

Putrajaya, 4 Februari 2026 – Pendidikan dan latihan merupakan komponen teras dalam pembangunan keupayaan ATM. Melalui pelaksanaan latihan yang dirancang secara sistematik, anggota ATM dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran serta kecekapan yang diperlukan bagi melaksanakan operasi ketenteraan merentasi pelbagai spektrum, sama ada dalam situasi aman, krisis mahupun konflik bersenjata.

Mengambil kira situasi tersebut, Mesyuarat Pengurusan Latihan telah diwujudkan dan dilaksanakan sebanyak dua kali setahun sebagai platform perbincangan yang konstruktif melibatkan semua Maktab dan Pusat Latihan ATM di bawah naungan Markas Pemerintahan, Latihan dan Doktrin ATM (MPPLD ATM) bagi menyokong usaha penambahbaikan berterusan sistem pendidikan dan latihan ATM.

Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Panglima PLD dan dihadiri oleh pengurusan MPPLD ATM serta wakil-wakil Maktab dan Pusat Latihan ATM. Antara perkara utama yang dibincangkan merangkumi pembentangan Dasar Pendidikan dan Latihan ATM, Rancangan Pengurusan Latihan, pelaksanaan evaluasi serta pembentangan berkaitan TRADOC Training Exercise, analisis Knowledge and Skill Gap dan Rancangan Pasukan (Intervention Plan).

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh tadbir urus serta mencerminkan komitmen berterusan ATM dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan dan latihan melalui pendekatan yang terancang, bersepadu dan berorientasikan penambahbaikan berterusan demi menjamin kesiapsiagaan angkatan.

Artikel: Kdr Ahmad Redhuan bin Osman TLDM

Gambar: Mej Shahrol Ariffin Mhd Aris

Share this Bulletin

Related Bulletins

Back to All Bulletins