Infrastructure Readiness Assessment Road Show
Putrajaya, 18 Disember 2025 - Tim Kajian Penggabungan Pusat Latihan ATM telah melaksanakan Program Infrastructure Readiness Assessment Road Show ke pusat-pusat latihan di bawah naungan MPLDTD, MPLD TLDM dan MPPLU yang berlangsung dari 9 hingga 18 Disember 2025. Penubuhan Tim Kajian ini adalah di bawah kelolaan PUSPAHANAS selaras dengan aspirasi serta keperluan strategik yang telah digariskan oleh Jawatankuasa PEMAMPAN dalam memperkukuh ekosistem latihan ATM.
Delegasi Road Show telah diketuai oleh Ketua Pengarah Pengurusan dan Latihan PUSPAHANAS dengan penglibatan pegawai serta jurulatih daripada MATM-BOLP, PUSPAHANAS, MPLDTD, MPLD TLDM, MPPLU dan Pusat Latihan Perkhidmatan. Penglibatan pelbagai entiti ini mencerminkan komitmen menyeluruh dalam memastikan penilaian yang holistik dan berimpak tinggi dapat dilaksanakan.
Pelaksanaan program ini dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon Utara (merangkumi KD PELANDOK, PULMAT dan PHU), Zon Tengah (melibatkan INSMAT, Sekolah Muzik dan Kesenian Tentera Udara, PUZIDA, PULAPOT dan PULNORD) serta Zon Selatan (meliputi INSTAR dan Kolej PTT ATD). Dapatan Road Show akan diperhalusi serta dimuktamadkan menerusi Bengkel Kajian yang akan dilaksanakan pada Januari 2026.
Artikel: Kdr Ahmad Redhuan bin Osman TLDM
Gambar: Jurugambar Pusat Latihan Perkhidmatan
Related Bulletins
MESYUARAT PENGURUSAN LATIHAN SIRI 1/26
04 Feb 2026
PUSPAHANAS Lecture Series
26 Jan 2026